Sunday, February 5, 2012

KUDAT "TEKUDDAT" : Kassian Kudat kassian...

Apabila mercun perayaan tahun baru Cina diletupkan ke udara merayakan tahun Naga; seorang makcik jiran rumah sebelah terlatah bercakap macam-macam dalam bahasa tempatan " Ei, boto meong, boto Bawi, boto ido, boto sina, boto, boto,ei...bah, tekuratku, yong!" Dan perkataan 'tekurat' itu sama maknanya dengan perkataan 'tekuddat' dalam bahasa Bannaran yang akhirnya menjadi 'Kudat' Begitulah Kudat mendapatkan namanya sewaktu letupan 'Lantaka' meriam lama meledak ke udara menyambut kedatangan kapal 'Sante' dari Sepanyol singgah berlabuh di teluk Marudu; ya'ni, dikenali dengan Tanjung Berungus, kampung Limauan, yang sekarang ini ialah Kudat.Terlalu banyak cerita lagenda dan sejarah di pekan yang tertua di sabah ini. Sejak penentangan Datu Paduka Mat Saleh Pahlawan Sabah terhadap Inggerish di sini, kemudian Tun Mustapha menjadi pelopor dan Kapten Gerila Kinabalu yang akhirnya telah menumpaskan tentera Kem Pei Tai Jepun bersama tentera bersekutu, Kudat telah melahirkan banyak pahlawan dan pejuang. Tun Mustapha bukan sahaja pahlawan lagenda dalam perang gerila, tetapi juga merupakan pejuang dan menjadi bapak kemerdekaan negeri Sabah. Dari hasil tangannya daerah Kudat yang kecil dan terpencil, telah menjadi kawasan yang luas dan cantik. Tembok Kudat yang dahulunya dikenali sebagai tembok Mustapha tapi kini lebih dikenali sebagai 'Eksplanade Sidek' Kenapakah boleh menjadi demikian? Sehingga lembu yang punya susu sapi pula yang mendapat nama...? Tembok yang luas dan indah dengan pencahayaan yang bergemarlapan sedikit masa yang sudah, telah dimiliki dan dikuasai oleh orang-orang yang hampir-hampir menjadikan Kudat negara Bintang Tiga. Sementara cucu cicit para pahlawan dan pejuang hanya menjadi penjaja yang terpaksa membayar sewa ke atas tanah yang telsh ditimbus dan diperjuangkan oleh nenek moyang mereka. Dan sejak 48 tahun yang lalu masih tetap menjadi penghuni tepian laut pesisiran pantai, dengan rumah-rumah usang di atas tanah rezab kerajaan yang sebahagian statusnya masih haram atau setinggan. Oh, tidakkah kita merasa malang, kalau kemerdekaan hanya dapat dinikmati udaranya yang segar dari laut terbuka. Tapi hasilnya dikaut orang lain. Di laut mereka menjadi Naga, didaratan mereka menjadi Singa. Laut mereka bolot dan kaut dengan nelayan raksasa, seluruh daratan telah mereka pajak dan kuasai menjadi emas kuning perladangan; sementara orang-orang tempatan hidup sebagai kelasi kapal, atau buruh di ladang atau menjadi tukang angkut orang alias tukang 'pairit' Belia kehausan peluang pekerjaan, sehingga terpaksa berjuang ke semenanjung menjadi buruk kerja-kerja kilang dan yang lebih malang dan kasian, ada yang sehingga terjebak menjadi kelandangan. Siapakah yang harus di salahkan? Adakah ini salah mereka kerana tak tahu memilih haluan kehidupan. atau sebenarnya mereka telah terperangkap oleh sistem kehidupan yang telah menjadikan mangsa pembangunan yang sebenarnya hanyalah eksploitasi keadaan. Benar Kudat telah di bangunkan dengan landkaps keindahan, berjuta projek pernah dilaksanakan, tetapi itu hanyalah make kecantikan ke atas wajah seorang perempuan tua yang malang. Benar; kudat kelihatan cemerlang tetapi orangf-orang kita hanya tercegang-cengang alayas kehairanan. Kassian...orang-orang Kudat...Kassian...Bumi dipijak tapi milik orang. Kerajaan kita tapi kuasa ditangan mereka. Kerusi kita punya tapi kedudukan pada mereka. Suara kita punya tapi kata putus mereka. Sampai bilakah kita hanya menjadi penonton dan menang sorak saja..? Sedangkan tanah air dan kampung kita tergadai selama-lamanya. Hei, orang-orang Kudat bangkitlah! Dan sedarlah! Tuntut semula hak anda! Kudat kita punya bah!!!

No comments:

Post a Comment