Wednesday, February 3, 2010

KUDAT PEKAN SEJARAH: dan tangan2 hitam

Kudat sebuah pekan yang tertua di Utara Borneo Negeri Sabah yang telah di buka dalam sekitar tahun 1881 dan menjadi ibu negeri Sabah yang pertama selepas merdeka bersama Persekutuan Tanah Melayu pada 16hb.September 1963.Banyak peristiwa dan lagenda serta perkara misteri yang pernah berlaku di di pekan tertua ini; pemberontakan Datu Paduka Muhammad Saleh menentang penjajahan Inggeris bermula di sini. Penubuhan Parti USNO yang membawa semangat kemerdekaan juga di sini, Gerila Kinabalu yang dianggotai rakyat tempatan menentang serangan tentera Jepun juga bermula di sini. Banyak pemimpin besar tempatan Sabah yang terlahir di sini yang antaranya almarhum Tun Mustapha yang juga merupakan bapak kemerdekaan negeri Sabah.

Di pekan utara Sabah ini pernah dihebohkan oleh kemunculan puting beliung dan gerhana matahari,kemunculan pulau batu hairan, kucing bertanduk, kapal batu Superak dan lagenda pengait kepala di Sampang Mangayau. Pernah mendapat jolokan pekan terbersih walau pun juga adalah merupakan antara daerah yang termiskin di Malaysia. Kaya dengan sumber alam laut dan memiliki tanah yang subur, tetapi taraf kehidupan pribumi masih di takuk paras kemiskinan dan serba kekurangan. Belia-belia tidak punya pekerjaan dan terpaksa merantau keluar negeri mencari peluang dan berjuang memburuh sumber pendapatan demi membela kehidupan dan masa depan. Mengapa boleh berlaku demikian? Di mana letaknya kesilapan, dimana puncanya kekurangan,siapakah yang patut di pertanggungjawabkan, pihak yang memimpin atau rakyat yang dipimpin, pihak berkuasa atau pihak yang dikuasai.

Kenapa rakyat yang selalu disalahkan apabila mereka merasa diabaikan dan hak mereka dinafikan,kenapa masyarakat juga yang dianggap tidak ingin berusaha apabila mereka serba kekurangan dan asyik ketinggalan dalam kemelut arus perdana, kenapa orang kampung juga yang dianggap kolot dan tidak proaktif untuk turut serta dalam perlumbaan mengejar kekayaan, dan kenapa orang melayu saja yang dianggap malas dan keras kepala apabila tidak dapat turut serta dalam putaran ganas arus pembangunan yang dibolot dan dikuasai pihak tertentu, pihak yang telah berjaya mengeksploitasi peneraju arus pembangunan dan mereka yang berjaya membohongi rakyat dengan berbagai pendekatan dan kaedah slogan muluk-muluk yang sebenarnya hanya menambah kekayaan mereka sahaja, dan rakyat, masyarakat, orang kampung dan bumi putra melayu, tetap ditakuk lama, miskin dan serba ketinggalan.

Jawabannya mudah saja; kerana kita terlalu banyak bersorak, sementara kampung kita sudah lama tergadai. Bila lagi kita hendak menebusnya kembali dari tangan-tangan hitam itu..? Selamat Tahun Harimau!

No comments:

Post a Comment