Wednesday, February 8, 2012

10 DARIPADA 100 SEBAB KENAPA ORANG MELAYU HARUS MENJADI WAKIL RAKYAT N2 TG KAPOR KUDAT PADA PRU 13 NANTI ?

Dalam catatan ini saya mulakan dengan memberikan sepuluh daripada seratus sebab kenapakah orang melayu tempatan harus menjadi wakil rakyat di N2 Tg. Kapor Kudat dalam pilihan raya ke 13 nanti :

1. Kerana Kudat adalah penempatan orang melayu ( Bajau Bannaran, Suluk, Sungai, Brunai, Rungus, Ubian, Kagayan, Ilanun, Bugis, Jawa ) sejak zaman empayar kesultanan Sulu dan Brunei sebagai peneroka perkampungan di pesisiran pantai sebagai nelayan dan petani tradisional dengan statistik kependudukan tidak kurang daripada 100 ribu orang. Berbanding dengan suku kaum Cina yang jumlahnya hanya sekitar 10 ribu orang dan Runggus 40 ribu orang sahaja.

2. Orang melayu pelbagai etnik mempunyai statistik pengundi lebih 11,000 orang yang telah mendaftar sebagai pengundi yang sah berbanding dengan pengundi Cina hanya sekitar 3800 orang dan pengundi Rungus sekitar 4600 orang sahaja.

3. Sejak Sabah merdeka 48 tahun yang lalu hanya sekali sahaja orang melayu menjadi wakil rakyat di awal pemerintahan Sabah dan sehingga sekarang Kudat hanya dimonopoli oleh wakil rakyat Cina ( catatan akan perincikan dalam catatan akan datang )

4. Semenjak kaum Cina menjadi wakil rakyat, hanya sekali sahaja orang melayu menjadi setia usaha politik dan selepas itu orang melayu tidak pernah diberikan peluang menjawat jawatan tertinggi seperti menjadi PKR dan sebagainya dalam politik Kudat, dan semuanya dikuasai oleh orang Cina.

5. Sejak kaum Cina membolot kuasa politik Kudat hampir setengah abad yang lalu penghidupan orang melayu tidak banyak berubah dari segi taraf hidup, pendapatan keluarga, keselesaan rumah, taraf perkampungan, kemudahan asas mahu pun peluang-peluang dalam perusahaan.

6. Semenjak lebih empat puluh tahun yang lalu masyarakat kaum Cina sudah menguasai hampir semua tanah-tanah awam dan kerajaan sebagai milik persendirian atau TOL sementara orang melayu dan masyarakat tempatan masih tetap duduk di perkampungan yang bertaraf tanah rizab kerajaan atau setinggan ( hanya kampung air dan separuh daripada kampung landung ayang laut yang telah digazetkan sebagai taraf perkampungan beberapa tahun yang lalu ) Itu pun setelah mendapat desakan daripada penduduk kampung yang mula sedar akan kedudukan dan masa depan mereka.

7. Orang melayu perlu dan harus mengambil alih semula KERUSI N2 KUDAT untuk menyelamatkan masa depan dan kedudukan mereka yang telah di hakis secara halus oleh sistem pembangunan yang hanya tertumpuh di kawasan bandar dan hanya dalam bentuk kemudahan asas yang hanya menguntungkan kaum Cina dan para peniaga di bandar, tetapi tidak begitu signifikan kepada orang-orang melayu tempatan di perkampungan pesisiran.

8. Berdasarkan konsep perpaduan kaum melalui keseimbangan ekonomi, orang melayu tempatan amat wajar dan harus diberikan peluang untuk mentadbir urus daerah dan kawasan ini bagi mengejar taraf ekonomi masyarakat lain terutama Cina supaya tidak timbul perasaan prejudis kaum dalam hubungan integrasi pada masa depan.

9. Dasar penswastaan yang masih di amalkan dengan menjemput pelabur luar dalam pelbagai sektor dan industri akan membuka peluang kepada pelaburan peranginan atau pelancongan dan perhotelan yang sangat berpotensi dan strategik di kawasan seperti Tg. Kapor, Pengaraban, Pantai Bahagia, Bak-Bak, Labuan sama, Tajau laut, Pantai bangau, Pantai Kelambu, Teringai, sampang mangayau hingga ke Sikuati kg. Tung Kang, akhirnya akan menjadi milik swasta pelabur luar negara yang mana syarikat itu akan menjadi pemilik sekurang-kurangnya 99 tahun perjanjian dan orang melayu serta masyarakat perkampungan pesisiran akan di pindahkan ke penempatan kerajaan perumahan rakyat atau di rumah-rumah pangsa empat tingkat seperti burung merpati selamanya.Sementara peniaga akan terus merai keuntungan hasil daripada pelabur luar negara yang berbelion ringgit itu sebagai 'Syer holder' atau 'Partnership' ( Dan keadaan ini samalah dengan apa yang berlaku ke atas negara kita sewaktu orang Inggeris telah berjaya memajaknya daripada pemimpin kita yang terdahulu )

10. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi, maka memang wajarlah kerusi N2 TG Kapor Kudat ini dialih tangankan, dan orang melayu tempatan harus diberikan peluang untuk menjadi wakil rakyat pada timpoh penggal ini.Supaya mereka dapat mengubah nasib mereka dan mengimbangi taraf ekonomi dengan kaum Cina di daerah kawasan ini, tanpa merugikan kaum Cina dari segi perkongsian ekonomi dan perniagaan.


Catatan ini tidak bermaksud untuk membangkitkan semangat perkauman atau prejudis kekayaan yang telah dibolot dan diraih oleh masyarakat kaum Cina sejak lebih empat puluh tahun yang lalu di Kudat, tetapi sebagai satu usaha untuk menyuburkan semangat perpaduan dan politik demokrasi dalam negara kita, serta sebagai satu usaha untuk membela nasib orang-orang melayu tempatan Kudat beserta dengan masyarakat lain yang sudah terlalu jauh ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan membantu untuk merapatkan jarak perbezaan taraf ekonomi antara orang melayu dengan masyarakat kaum Cina.

Kerana hanya melalui kuasa politik dan wakil rakyat sahaja yang akan menjadi tongkat bagi membantu orang melayu dan masyarakat lain dalam menempuh jalan menuju masa depan kehidupan yang seimbang dan setaraf dengan kehidupan masyarakat yang lain.

Tuesday, February 7, 2012

' Terkuddat ' dan ' Terkulat-kulat: Kassian Orang Kudat...

Sudah nasib orang kita selalu dikejutkan oleh kehadiran bermacam fenomina dan keadaan.Daripada kehadiran kapal 'Sante' Sepanyol, kedatangan Inggerish Chartered Company, penempatan Syarikat Hindia Timur Inggerish, serangan tentera Kem Pei tai Jepun,kemunculan Pulau Batu Hairan, Puting Beliung, dan macam-macam lagi perkara yang cukup mengejutkan. sehingga perubahan drastik dalam timpoh tidak sampai setahun bahkan kurang daripada itu; Kudat pernah bermandikan cahaya pembangunan yang gilang gemilang semasa Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi wakil rakyat N2 Tg. Kapor yang kebetulan pada ketika itu menjadi ketua menteri negeri Sabah. Orang-orang kita cukup mendapat kejutan bahkan berlaku semacam renjatan akal, sehingga orang kita hanya tercengang meyaksikan pembangunan Kudat yang cukup drastik 'giler' itu. Dalam timpoh hanya beberapa bulan sahaja telah berdiri menara jam setinggi kira-kira lima belas kaki tingginya itu di Tembok besar Kudatdengan bernilai hampir 1 juta Ringgit dengan bentuknya yang bercirikan ala-ala zaman 'Tiongkok' Terbinalah Kompleks Sukan RM 7 juta, Eksplanade Sidek RM 6 juta, Leburaya Limau-Limauan RM 60 J ditambah 20j menjadi 80j kemudian di tambah lagi sehingga khabarnya mencecah ratusan juta.Dan akhirnya mendirikan mercu kegemilangan dengan pembinaan 'Mehzu' yang terbesar dan yang tertinggi di Asia Tenggara ini di Tembok bersejarah bekas peninggalan usaha bapak kemerdekaan Sabah datuk kita Almarhum Tun Mustapha ( yang pada ketika ini ditangguhkan pembinaannya ) Ya; kita haruslah berbangga dengan pembangunan yang amat drastik dan luar biasa ini, sehingga Kudat telah berubah wajah dalam timpoh masa yang begitu singkat; tetapi soalnya, berapa ramaikah usahawan kita melayu dan bumi putra yang turut merai keuntungan hasil daripada projek 'durian runtuh' itu. Apakah faedah material yang orang-orang kita dapat hasil daripada pembangunan infrustuktur itu, selain hanya dapat makan angin beriadah atau menjadi penyewah gerai menjadi penjaja. Oh, betapakah kita hanya dapat menikmati 'angin' lautnya sahaja sementara hasil projek berjuta semuanya dikaut dan masuk ke dalam poket mereka; yakni,orang-orang yang tidak sama waktu dengannya dengan kita... Sekali pandang kita patutlah berbangga dengan perubahan landskap yang indah ke atas pekan Kudat yang terkenal dengan keberseihannya itu, tetapi pada hakikatnya, kita hanya seperti wanita tua yang di 'make up' cantik sehingga kelihatan remaja dan orang-orang luar banyak yang terpesona melihatnya. Tetapi pada hakikatnya, 90% bukanlah hak bumi putra, kerana telah dimiliki atau disewa secara 'TOL'oleh orang-orang ini. Seluruh Tembok besar Kudat telah dimiliki secara 'TOL' atau pemilikan atas nama kemajuan dan pembangunan. Sementara orang-orang kita masih tetap warga bertaraf 'setingggan' Kampung2 tradisi warisan seperti Landung Ayang, Tanjung Kapor, Pantai Bahagia dan Kg.Air juga, masih tetap begitu tarafnya dan tak berubah apa-apa walau pun Borneo Sabah ini dan Kudat khususnya sudah 48 tahun merdeka. Kenapa? Sebab tidak ada perhatian untuk mereka. Wakil rakyat tidak berfikir untuk mereka,; wakil rakyat yang kesemuanya daripada kaum Cina belaka, dan belum pernah kaum dusun dan melayu menjadi wakil rakyat Kudat walau pun pada statistik pengundi orang kita melayu lebih 60% dusun 30% dan Cina hanya 10% sahaja. Ini dasar BN ya; tapi soalnya, wakil rakyat Cina hanya berfikir untuk memajukan kaumnya dan kepentingan Partinya. Orang melayu di abaikan dan dusun disisihkan dalam arus perdana pembangunan ini? Cuba lihat dan buat perbandingan secara mata kasar sahaja, berapa bilangan usahawan melayu yang betul2 maju melalui arus perdana ini, apa pekerjaan bumi putra melayu dusun, berapa penagganggur belia melayu dan dusun, apa sumber pendapatan masyarakat di Kudat, berapa banyak kilang atau gedung perdagangan, siapa yang menguasai perusahaan laut, siapa penguasa sektor perladangan, siapa pemilik pemaju perumahan, semuanya mereka dan suku bangsa mereka. Kerana kuasa di tangan mereka, dan orang-orang kita hanya menjadi alat sahaja. Sampai bilakah orang-orang kita melayu dan bumi putra akan terus hidup begini? Menjadi alat dan dieksploitasi sewenangnya dengan kata2 sinis yang menghina, kerana konon orang kita yang lembab dan malas berusaha; yang lembab dan malas semuanya orang kita yang tak mempunyai 'cangkul' dan tak pandai mengambil kesempatan. Tetapi benarkah semua orang melayu dan orang runggus di Kudat lembab dan malas selama-lamanya. Pernahkah mereka diberi peluang untuk mengendalikan projek berjuta, selain pembinaan Rumah Rehat Kerajaan yang satu2nya bernilai 2.8 j sewaktu Haji Gurahman menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian. ( Itu pun setelah mendesak bersama AJK pemuda Marudu pada ketika itu ) Berfikirlah dengan waras dan penuh tanggungjawab wahai rakyat N2 Kudat. masa depan orang-orang kita sekarang seperti telur dihujung tanduk. Kerana pada suatu ketika, apabila wakil rakyat daripada suku bangsa ini mendapat kebenaran dan kesempatan untuk mengambil tapak perkampungan kita di Landung Ayang, Tg.Kapor sampai ke Pantai bahagia utnuk di atasnamakan kemajuan, dengan pelabur luar negara yang berbelion jumlahnya; kita akan dipindahkan ke satu penempatan rakyat secara tersusun, dengan kemudahan asas yg kononnya lengkap dan cukup, tetapi sebenarnya kita hanya dapat bahagian tapak rumah kita yang luasnya kira2 20X20 sementara tapak pusaka warisan tanah poyang moyang kita sudah jatuh ke tangan syarikat pelaburt asing atas nama kemajuan, dan mereka akan membolotnya sekurang-kurangnya 99 tahun di dalam perjanjian dengan hasil keuntungan mereka rai bersama, sementara kita hanya putih mata...Dan masih tetap menjadi pelanggan atau tetamu asing dibumi tanah air kita sendiri. Inilah isu dan persoalan yang sebenarnya yang harus menjadi perhatian dan pertimbangan orang-orang kita di Kudat pada ketika ini, sehingga kenapa harus dan perlu,bahkan mesti dan wajib Kudat kita ini diselamatkan oleh wakil rakyat daripada orang kita sendiri walau atas nama BEBAS parti mana pun, kerana sudah terlalu lama kita ditindas dan dihina secara halus di Kudat ini melalui kuasa yang kita serahkan kepada mereka selama ini melalui kertas undi kita. Sanggupkah kita akan menjadi tetamu asing di bumi dan tanah air kita sendiri apabila fenomina itu akan berlaku seperti di Pulau gaya, Mantanani, dan sekarang akan bakal dilakukan di tempat kita. Marilah kita sama-sama mengubah cara berfikir kita dan berazam untuk mengubah nasib diri kita, kaum dan masyarakat kita. Pilihlah orang kita dalam PRU 13 nanti walau siapa pun dia. Kassian Kudat...

Sunday, February 5, 2012

KUDAT "TEKUDDAT" : Kassian Kudat kassian...

Apabila mercun perayaan tahun baru Cina diletupkan ke udara merayakan tahun Naga; seorang makcik jiran rumah sebelah terlatah bercakap macam-macam dalam bahasa tempatan " Ei, boto meong, boto Bawi, boto ido, boto sina, boto, boto,ei...bah, tekuratku, yong!" Dan perkataan 'tekurat' itu sama maknanya dengan perkataan 'tekuddat' dalam bahasa Bannaran yang akhirnya menjadi 'Kudat' Begitulah Kudat mendapatkan namanya sewaktu letupan 'Lantaka' meriam lama meledak ke udara menyambut kedatangan kapal 'Sante' dari Sepanyol singgah berlabuh di teluk Marudu; ya'ni, dikenali dengan Tanjung Berungus, kampung Limauan, yang sekarang ini ialah Kudat.Terlalu banyak cerita lagenda dan sejarah di pekan yang tertua di sabah ini. Sejak penentangan Datu Paduka Mat Saleh Pahlawan Sabah terhadap Inggerish di sini, kemudian Tun Mustapha menjadi pelopor dan Kapten Gerila Kinabalu yang akhirnya telah menumpaskan tentera Kem Pei Tai Jepun bersama tentera bersekutu, Kudat telah melahirkan banyak pahlawan dan pejuang. Tun Mustapha bukan sahaja pahlawan lagenda dalam perang gerila, tetapi juga merupakan pejuang dan menjadi bapak kemerdekaan negeri Sabah. Dari hasil tangannya daerah Kudat yang kecil dan terpencil, telah menjadi kawasan yang luas dan cantik. Tembok Kudat yang dahulunya dikenali sebagai tembok Mustapha tapi kini lebih dikenali sebagai 'Eksplanade Sidek' Kenapakah boleh menjadi demikian? Sehingga lembu yang punya susu sapi pula yang mendapat nama...? Tembok yang luas dan indah dengan pencahayaan yang bergemarlapan sedikit masa yang sudah, telah dimiliki dan dikuasai oleh orang-orang yang hampir-hampir menjadikan Kudat negara Bintang Tiga. Sementara cucu cicit para pahlawan dan pejuang hanya menjadi penjaja yang terpaksa membayar sewa ke atas tanah yang telsh ditimbus dan diperjuangkan oleh nenek moyang mereka. Dan sejak 48 tahun yang lalu masih tetap menjadi penghuni tepian laut pesisiran pantai, dengan rumah-rumah usang di atas tanah rezab kerajaan yang sebahagian statusnya masih haram atau setinggan. Oh, tidakkah kita merasa malang, kalau kemerdekaan hanya dapat dinikmati udaranya yang segar dari laut terbuka. Tapi hasilnya dikaut orang lain. Di laut mereka menjadi Naga, didaratan mereka menjadi Singa. Laut mereka bolot dan kaut dengan nelayan raksasa, seluruh daratan telah mereka pajak dan kuasai menjadi emas kuning perladangan; sementara orang-orang tempatan hidup sebagai kelasi kapal, atau buruh di ladang atau menjadi tukang angkut orang alias tukang 'pairit' Belia kehausan peluang pekerjaan, sehingga terpaksa berjuang ke semenanjung menjadi buruk kerja-kerja kilang dan yang lebih malang dan kasian, ada yang sehingga terjebak menjadi kelandangan. Siapakah yang harus di salahkan? Adakah ini salah mereka kerana tak tahu memilih haluan kehidupan. atau sebenarnya mereka telah terperangkap oleh sistem kehidupan yang telah menjadikan mangsa pembangunan yang sebenarnya hanyalah eksploitasi keadaan. Benar Kudat telah di bangunkan dengan landkaps keindahan, berjuta projek pernah dilaksanakan, tetapi itu hanyalah make kecantikan ke atas wajah seorang perempuan tua yang malang. Benar; kudat kelihatan cemerlang tetapi orangf-orang kita hanya tercegang-cengang alayas kehairanan. Kassian...orang-orang Kudat...Kassian...Bumi dipijak tapi milik orang. Kerajaan kita tapi kuasa ditangan mereka. Kerusi kita punya tapi kedudukan pada mereka. Suara kita punya tapi kata putus mereka. Sampai bilakah kita hanya menjadi penonton dan menang sorak saja..? Sedangkan tanah air dan kampung kita tergadai selama-lamanya. Hei, orang-orang Kudat bangkitlah! Dan sedarlah! Tuntut semula hak anda! Kudat kita punya bah!!!