Wednesday, February 8, 2012

10 DARIPADA 100 SEBAB KENAPA ORANG MELAYU HARUS MENJADI WAKIL RAKYAT N2 TG KAPOR KUDAT PADA PRU 13 NANTI ?

Dalam catatan ini saya mulakan dengan memberikan sepuluh daripada seratus sebab kenapakah orang melayu tempatan harus menjadi wakil rakyat di N2 Tg. Kapor Kudat dalam pilihan raya ke 13 nanti :

1. Kerana Kudat adalah penempatan orang melayu ( Bajau Bannaran, Suluk, Sungai, Brunai, Rungus, Ubian, Kagayan, Ilanun, Bugis, Jawa ) sejak zaman empayar kesultanan Sulu dan Brunei sebagai peneroka perkampungan di pesisiran pantai sebagai nelayan dan petani tradisional dengan statistik kependudukan tidak kurang daripada 100 ribu orang. Berbanding dengan suku kaum Cina yang jumlahnya hanya sekitar 10 ribu orang dan Runggus 40 ribu orang sahaja.

2. Orang melayu pelbagai etnik mempunyai statistik pengundi lebih 11,000 orang yang telah mendaftar sebagai pengundi yang sah berbanding dengan pengundi Cina hanya sekitar 3800 orang dan pengundi Rungus sekitar 4600 orang sahaja.

3. Sejak Sabah merdeka 48 tahun yang lalu hanya sekali sahaja orang melayu menjadi wakil rakyat di awal pemerintahan Sabah dan sehingga sekarang Kudat hanya dimonopoli oleh wakil rakyat Cina ( catatan akan perincikan dalam catatan akan datang )

4. Semenjak kaum Cina menjadi wakil rakyat, hanya sekali sahaja orang melayu menjadi setia usaha politik dan selepas itu orang melayu tidak pernah diberikan peluang menjawat jawatan tertinggi seperti menjadi PKR dan sebagainya dalam politik Kudat, dan semuanya dikuasai oleh orang Cina.

5. Sejak kaum Cina membolot kuasa politik Kudat hampir setengah abad yang lalu penghidupan orang melayu tidak banyak berubah dari segi taraf hidup, pendapatan keluarga, keselesaan rumah, taraf perkampungan, kemudahan asas mahu pun peluang-peluang dalam perusahaan.

6. Semenjak lebih empat puluh tahun yang lalu masyarakat kaum Cina sudah menguasai hampir semua tanah-tanah awam dan kerajaan sebagai milik persendirian atau TOL sementara orang melayu dan masyarakat tempatan masih tetap duduk di perkampungan yang bertaraf tanah rizab kerajaan atau setinggan ( hanya kampung air dan separuh daripada kampung landung ayang laut yang telah digazetkan sebagai taraf perkampungan beberapa tahun yang lalu ) Itu pun setelah mendapat desakan daripada penduduk kampung yang mula sedar akan kedudukan dan masa depan mereka.

7. Orang melayu perlu dan harus mengambil alih semula KERUSI N2 KUDAT untuk menyelamatkan masa depan dan kedudukan mereka yang telah di hakis secara halus oleh sistem pembangunan yang hanya tertumpuh di kawasan bandar dan hanya dalam bentuk kemudahan asas yang hanya menguntungkan kaum Cina dan para peniaga di bandar, tetapi tidak begitu signifikan kepada orang-orang melayu tempatan di perkampungan pesisiran.

8. Berdasarkan konsep perpaduan kaum melalui keseimbangan ekonomi, orang melayu tempatan amat wajar dan harus diberikan peluang untuk mentadbir urus daerah dan kawasan ini bagi mengejar taraf ekonomi masyarakat lain terutama Cina supaya tidak timbul perasaan prejudis kaum dalam hubungan integrasi pada masa depan.

9. Dasar penswastaan yang masih di amalkan dengan menjemput pelabur luar dalam pelbagai sektor dan industri akan membuka peluang kepada pelaburan peranginan atau pelancongan dan perhotelan yang sangat berpotensi dan strategik di kawasan seperti Tg. Kapor, Pengaraban, Pantai Bahagia, Bak-Bak, Labuan sama, Tajau laut, Pantai bangau, Pantai Kelambu, Teringai, sampang mangayau hingga ke Sikuati kg. Tung Kang, akhirnya akan menjadi milik swasta pelabur luar negara yang mana syarikat itu akan menjadi pemilik sekurang-kurangnya 99 tahun perjanjian dan orang melayu serta masyarakat perkampungan pesisiran akan di pindahkan ke penempatan kerajaan perumahan rakyat atau di rumah-rumah pangsa empat tingkat seperti burung merpati selamanya.Sementara peniaga akan terus merai keuntungan hasil daripada pelabur luar negara yang berbelion ringgit itu sebagai 'Syer holder' atau 'Partnership' ( Dan keadaan ini samalah dengan apa yang berlaku ke atas negara kita sewaktu orang Inggeris telah berjaya memajaknya daripada pemimpin kita yang terdahulu )

10. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi, maka memang wajarlah kerusi N2 TG Kapor Kudat ini dialih tangankan, dan orang melayu tempatan harus diberikan peluang untuk menjadi wakil rakyat pada timpoh penggal ini.Supaya mereka dapat mengubah nasib mereka dan mengimbangi taraf ekonomi dengan kaum Cina di daerah kawasan ini, tanpa merugikan kaum Cina dari segi perkongsian ekonomi dan perniagaan.


Catatan ini tidak bermaksud untuk membangkitkan semangat perkauman atau prejudis kekayaan yang telah dibolot dan diraih oleh masyarakat kaum Cina sejak lebih empat puluh tahun yang lalu di Kudat, tetapi sebagai satu usaha untuk menyuburkan semangat perpaduan dan politik demokrasi dalam negara kita, serta sebagai satu usaha untuk membela nasib orang-orang melayu tempatan Kudat beserta dengan masyarakat lain yang sudah terlalu jauh ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan membantu untuk merapatkan jarak perbezaan taraf ekonomi antara orang melayu dengan masyarakat kaum Cina.

Kerana hanya melalui kuasa politik dan wakil rakyat sahaja yang akan menjadi tongkat bagi membantu orang melayu dan masyarakat lain dalam menempuh jalan menuju masa depan kehidupan yang seimbang dan setaraf dengan kehidupan masyarakat yang lain.

2 comments:

  1. Bumiputera Islam 63%
    Rungus 23%
    Cina 14%

    ReplyDelete
  2. Di Sabah,Kita ada Bumiputera Islam dan bukan Islam.Kita ada Bangsa yang berbilang kaum.Bukan Bangsa Melayu.Di Semenanjung baru ada Bangsa Melayu..Di Sabah kita ada Bajau, Tobilung, Bisaya, Murut, Dusun, Rungus, Sungai, dan berpuluh lagi Bumiputera Islam dan Bukan Islam..:)

    ReplyDelete