Tuesday, November 24, 2009

Cuba kita renungkan: Kampung kita...

Banyak perkara yang belum terluah, banyak hal yang belum disuarakan oleh rakyat di Kudat yang di atas namakan sebagai kawasan N2 Tanjung Kapor dalam daftar pilihanraya. Selepas berakhirnya pemilihan dan kemenangan telah dinobatkan, maka sebahagian rakyat pun turut bersorak gembira di atas kemenangan demi kemenangan oleh pihak yang menang. Maka mereka pun menanglah, menang sorak walau pun sedar tak sedar kampung mereka semakin tergadai. Kampung, maknanya tempat berdirinya rumah-rumah rakyat yang tidak punya tanah dan tak mampu beli rumah bikinan kerajaan atau swasta seperti di Tanjung Kapor, Pantai Bahagia dan perkampungan lain sekitarnya. Maka tinggallah mereka di kampung-kampung tradisional yang masih berstatusnya tanah haram atau rizab kerajaan atau stinggan. Maka itulah kampung rakyat yang turut bersorak pada setiapkali meraikan kemenangan demi kemenangan pada setiapkali pemilihan. Kenapa kampung tergadai? Bukankah ini tanah air mereka yang telah merdeka hasil perjuangan para pahlawan nenek moyang mereka sehinggah menumpahkan darah dan berkorban jiwa menentang penjajah? Ya, ini tanah air kita yang telah merdeka, tetapi kenapa tanah dan air kita masih ada yang tidak merdeka? Rakyat tidak punya tanah bahkan tanah dibawah rumahnya pun masih banyak yang masih tanah haram; jangankan dimerdekakan, dihalalkan pun belum! Kenapa berlaku demikian? Kampung kita gambaran tanah air kita: Cuba kita renungkan...


No comments:

Post a Comment